Thursday, July 22, 2010

Mengundi Adalah Satu Tanggungjawab

Mengundi adalah satu kewajipan bagi setiap warganegara, Malaysia khususnya. Apabila disebut suatu kewajipan, bermaksud ia adalah suatu amalan yg akan dipersoalkan kelak.

Dalam sistem demokrasi yg ada di Malaysia sekarang ini, ummat Islam yg mukhallaf khususnya bertanggungjawab untuk menentukan kepimpinan di dalam sebuah negara.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Kitab "Fiqul Daulah" menyebut dengan jelas bahawa perbuatan mengundi samalah seperti suatu perbuatan melakukan kesaksian kepada Allah.

Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya atau istilah pungutan suara di sesetengah negara adalah serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon atau bakal pemimpin yg kita cadangkan tersebut adalah mereka yg bai, dan layak memikul amanah tersebut.

Beliau menyatakan, barangsiapa yg memberikan keputusan atau unidnya kepada seseorang calon kerana alasan pertalian kerabat atau kampung halaman, kerana mengharapkan pembalasan, atau kerana berharapkan untuk mendapat manfaat untuk peribadi selain manfaat untuk Islam, maka sesungguhnya dia sebenarnya berlaku tidak adil di dalam persaksiannya, dan tindakan itu dianggap sebagai menentang Allah.

Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah At-Tollaq ayat ke-2 yg bermaksud;

"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu hanya kerana Allah."

Manakala pandangan beliau barangsiapa yang tidak menunaikan kewajipannya memilih pemerintah tersebut, termasuk tindakan tidak mengundi atau sengaja tidak melakukan aktiviti yg melayakkan beliau mengundi (sama seperti tidak berdafter sebagai pemilih) sehingga menjadikan golongan yang jujur dan ikhlas kalah, sementara golongan yang zalim dan tidak layak memimpin menang di dalam perkiraan majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah di dalam memberi kesaksiannya.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah, ayat 282 dan 283 yang bermaksud;

"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."

"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya, dan sesiapa menyembunyikannya maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya."

Moga dengan sedikit perbincangan ringkas ini memberikan kita satu keyakinan atas apa jua tindakan yg bakal kita lakukan. Sertaitu juga cukup untuk menjadikan kita memandang dengan penuh serious isu berkaitan mengundi dan pilihan raya ini sebagai satu AMANAH ALLAH.

Terima kasih.

4 comments:

  1. sy da daftar menggunakan cara ini, bila boleh buat semakan?

    ReplyDelete
  2. saya ingin menukar tempat mengundi krn saya da pindah how... tqq

    ReplyDelete
  3. berapa Lama masa untuk saya boleh buat semakan pendaftaran

    ReplyDelete
  4. Saya pun sebenarnya malas nak daftar mengundi, tapi bila fikir balik di Akhirat nanti takut Allah Ta'ala tanya. Paling kurang inilah usaha saya untuk memilih pemimpin yang adil di Malaysia dan menjadi satu amalan dalam menegakkan agama Islam.

    ReplyDelete