Friday, July 23, 2010

Pendaftaran Secara Online

"Borang Pendaftaran Online" ini adalah initiatif Pegawai Pendaftar Sementara (PPS) lantikan SPR melalui wakil parti politk. Sesiapa sahaja, setiap rakyat Malaysia yg layak diminta utk mendaftar segera.

Tujuan SPR melaksanakan pendaftaran melalui PPS (parti) adalah utk menggalakkan jutaan rakyat terutama golongan muda (4.39 juta) utk segera melaksanakan tanggungjawab mendaftar dgn kadar segera. Pendaftaran dimudahkan tanpa birokrasi i.e; tanpa pergi ke Pejabat Pos Besar @ Pejabat SPR Negeri.

PPS mewakili Tuan/Puan utk berurusan dgn SPR termasuk;
  1. Penyerahan "Borang A" yg telah diisi ke Pejabat SPR Negeri Tuan/Puan tinggal
  2. Memantau setiap nama yg telah dihantar dimasukkan di dalam Daftar Pemilih setelah pengwartaan (gazetted)
  3. Berhubung terus dgn Tuan/Puan melalui hp @ email utk pengesahan atau jika terdapat sebarang pertanyaan dan pemakluman.
Sesiapa sahaja rakyat yg belum mendaftar, di mana sahaja anda berada digalakkan mendaftar melalui kaedah ini. Tuan/Puan blh diseru utk turut memaklumkan kawedah pendaftaran ini kepada seluruh sahabat @ saudara-mara yg masih belum mendaftar.

SYARAT PENDAFTARAN

  1. Pendaftaran hanya untuk pengundi yg masih belum pernah mendaftar. Sila berhubung dgn PPS utk penerangan proses urusan pertukaran tempat mengundi, jika perlu.
  2. Umur pengundi hendaklah memasuki 21 tahun. Bakal pengundi yg belum memasuki 21 tahun juga dialukan utk mengisi borang ini, namun pendaftaran anda hanya akan diserahkan ke SPR sebaik usia anda menjangkau DOB ke-21. Jika anda tidak pasti status pendaftaran anda, semakan Daftar Pemilih blh dibuat di sini; http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

TARIKH TUTUP

Tiada tarikh tutup bagi pendaftaran.

Pendaftaran adalah sepanjang tahun, namun pengwartaan nama pemilih baru hanya dibuat setiap 3 bulan. Untuk pengwartaan bagi Suku Ke-3 2010, tarikh tutup penyerahan borang pendaftaran ke SPR adalah sebelum 30-09-2010. Insya Allah semua maklumat yg di isi di dalam Borang Online ini sebelum tarikh 15-09-2010 akan berjaya didafatrakan di dalam daftar pemilih SPR utk Suku Ke-3 2010.

PERTANYAAN

Utk sebarang persoalan, Tuan/Puan blh berhubung terus melalui email kepada wakil PPS (kamaruddin.mohdjamil@gmail.com) atau tel (04-13339823 Australia / 013-2226018 Malaysia).

Pertanyaan juga blh dibuat terus di Pejabat SPR atau rujukan melalui website http://www.spr.gov.my

Terima Kasih.

Pendaftaran Melalui Pegawai Pendaftar Sementara (PPS) : Cara Mudah Untuk Mendaftar

Thursday, July 22, 2010

Memahami sistem pendaftaran mengundi Malaysia

Merujuk kepada sistem pilihan raya yg ada di Malaysia pada masa ini, setiap warga Malaysia adalah berkewajipan untuk MENDAFTAR untuk mengundi secara "manual" demi menjadikan mereka sebagai seorang pengundi yg layak mengundi.

Malaysia masih belum menggunakan sistem pendaftaran secara automatik seperti kebanyakan negara maju. Perjuangan ke arah sistem pendaftaran secara automatik tatkala memasuki umur 21 tahun sedang diperjuangkan oleh ramai pemimpin negara. Suatu perubahan dasar perlu dilaksanakan untuk tujuan tersebut.

Hasil dari kelemahan itu juga mengakibatkan begitu ramai rakyat yg berhak mengundi, terutamanya golongan muda dan pengundi kali pertama yg kurang peka gagal melaksanakan pengundian ketika tempoh dan hari mengundi.

Tindakan mendaftar dengan segera sebaik pemngumuman pilihanraya adalah suatu amalan yg tidak memberi apa-apa kesan disebabkan setiap nama yg baru didaftarkan memerlukan tempoh hampir 60 hari sebelum diwartakan.

Ada beberapa proses pengesahan dan pemantauan yg perlu dilakukan oleh SPR sebaik setiap nama baru didaftarkan, sebelum ianya diwartakan (digazetkan).

Oleh itu, pendaftaran segera, "HARI INI", adalah suatu tindakan yg paling perlu dilakukan oleh setiap rakyat!

Mengundi Adalah Satu Tanggungjawab

Mengundi adalah satu kewajipan bagi setiap warganegara, Malaysia khususnya. Apabila disebut suatu kewajipan, bermaksud ia adalah suatu amalan yg akan dipersoalkan kelak.

Dalam sistem demokrasi yg ada di Malaysia sekarang ini, ummat Islam yg mukhallaf khususnya bertanggungjawab untuk menentukan kepimpinan di dalam sebuah negara.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Kitab "Fiqul Daulah" menyebut dengan jelas bahawa perbuatan mengundi samalah seperti suatu perbuatan melakukan kesaksian kepada Allah.

Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya atau istilah pungutan suara di sesetengah negara adalah serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon atau bakal pemimpin yg kita cadangkan tersebut adalah mereka yg bai, dan layak memikul amanah tersebut.

Beliau menyatakan, barangsiapa yg memberikan keputusan atau unidnya kepada seseorang calon kerana alasan pertalian kerabat atau kampung halaman, kerana mengharapkan pembalasan, atau kerana berharapkan untuk mendapat manfaat untuk peribadi selain manfaat untuk Islam, maka sesungguhnya dia sebenarnya berlaku tidak adil di dalam persaksiannya, dan tindakan itu dianggap sebagai menentang Allah.

Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah At-Tollaq ayat ke-2 yg bermaksud;

"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu hanya kerana Allah."

Manakala pandangan beliau barangsiapa yang tidak menunaikan kewajipannya memilih pemerintah tersebut, termasuk tindakan tidak mengundi atau sengaja tidak melakukan aktiviti yg melayakkan beliau mengundi (sama seperti tidak berdafter sebagai pemilih) sehingga menjadikan golongan yang jujur dan ikhlas kalah, sementara golongan yang zalim dan tidak layak memimpin menang di dalam perkiraan majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah di dalam memberi kesaksiannya.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah, ayat 282 dan 283 yang bermaksud;

"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."

"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya, dan sesiapa menyembunyikannya maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya."

Moga dengan sedikit perbincangan ringkas ini memberikan kita satu keyakinan atas apa jua tindakan yg bakal kita lakukan. Sertaitu juga cukup untuk menjadikan kita memandang dengan penuh serious isu berkaitan mengundi dan pilihan raya ini sebagai satu AMANAH ALLAH.

Terima kasih.